Kerana Aku Isteri Bidaan Full Episode

 Kerana Aku Isteri Bidaan Full Episod

Nantikan drama adaptasi novel Kerana Aku Isteri Bidaan karya Tulip Ungu di slot Samarinda TV3 bermula 16 Mei ini. Drama terbitan Creative Skill Solution, diarahkan oleh Rahim Zali dan menampilkan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea sebagai pelakon utama. 

Kerana Aku Isteri Bidaan

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 16 Mei 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10.00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQiyi
Skrip: Shuhadatul Ain Zakaria
Pengarah: Rahim Zali
Produksi: Creative Skill Solution
Pelakon: Scha Elinnea, Hisyam Hamid, Wanns Ahmad, Ellyas Abdullah, Cahaya Nilam, Syafnida Shuhaimi, Nina Nadira, Jalaludin Hassan, Silfeny Osman, Helvera Esmond, Lydia Saimon, Jasper Supayah, Esma Daniel, Syarul Ezani


Sinopsis Kerana Aku Isteri Bidaan

Kisah Raina yang telah memfitnah Farel demi kepentingannya tanpa menyedari ia memerangkap diri sendiri hingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya. Raina salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor yang menjualnya untuk dijadikan GRO.

Farel dibesarkan oleh ibu angkatnya, Juwita dan mempunyai adik angkat, Miara. Miara telah menfitnah Farel menodainya, sehingga Farel dihalau oleh ibu angkatnya. Farel kembali ke pangkuan bapa kandungnya yang tidak lama kemudian meninggal dunia dan telah mewariskan kepadanya segala harta dan kemewahan.

Farel bertemu semula dengn Raina di kelab hiburan. Farel mahu membebaskan Rainna dari kancah maksiat walaupun pada mulanya Farel hanya ingin melunaskan dendamya kepada Raina. Namun kemudian Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.

Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar dann ngin kembali menebus silapnya dan ingin membaik pulih rumahtangganya.