Adakah Engkau Menungguku by Episode

Drama Adakah Engkau Menungguku (Lestary TV3)




Nantikan drama bersiri Adakah Engkau Menungguku terbitan OrangeTree Production dan diarahkan oleh Azmi Hatta hasil nukilan skrip oleh Anina Sahal, Amin Shakib dan Eja Lorena. Drama bersiri 15 episod ini menampilkan pelakon utama Adam Lee dan Wanna Ali. Adakah Engkau Menungguku disiarkan menerusi slot Lestary di TV3 bermula 29 September 2022, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9:00 malam

Drama Ini akan menggantikan drama yang baru sahaja tamat iaitu Drama Cinta Buat Dara yang habis pada 28 September 2022 jumlah episod keseluruhannya 20 episod.. Nantikan drama baru Adakah Engkau Menugguku pada 29 September 2022 pada jam 9 malam.


Adakah Engkau Menungguku

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 29 September 2021
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3
Skrip: Anina Sahal, Amin Shakib, Eja Lorena
Pengarah: Azmi Hata
Produksi: OrangeTree Production

Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Ikmal
Wanna Ali sebagai Ariana
Farhan Asri sebagai Azman
Nabil Aqil sebagai Redza
Bella Astillah sebagai Maya
Wani Kayrie sebagai Tina
Syafi Tee sebagai Zain
Neera Azizi sebagai Lara Sofea
Sherry Ibrahim sebagai Mak Su
Enot sebagai Mak Ngah

Sinopsis Adakah Engkau Menungguku

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.