Drama Kampung People 3 (FULL)

 Drama Kampung People 3 Full Episod


Drama komedi Kampung People akan kembali untuk musim yang ketiga masih mengekalkan pelakon asalnya iaitu Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.

Kampung People sudah masuk musim yang ketiga, kali ini mereka akan tinggal di rumah pangsapuri oleh kerana bapanya sudah menjadi miskin. Drama ini akan menggantikan dengan drama Sentuhan Najwa yang akan tamat pada 17 November 2022

Kampung People 3

Episod: -
Tarikh Tayangan: 18 November 2022
Waktu Siaran:  Rabu hingga Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 slot Lestary
Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Rashidi Ishak, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Shahril Sarjen
Produksi: KL Motion Pictures

Watak Pelakon
Rashidi Ishak sebagai Mona
Elly Mazlein sebagai Razi
Riena Diana sebagai Laila
Kamarul Eqifshah sebagai Imran
Hun Haqeem sebagai Jaafar
Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
Danish Hazriq
Haidar Hasanudin

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6
Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12
Episod 13

Sinopsis Kampung People 3

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?